Popular Posts

Mengenali Yang Satu,Jiwa Rasa Aman

Mengenali Yang Satu,Jiwa Rasa Aman


Friday 25 November 2011

RPH KSSR BAHASA MALAYSIA

CONTOH FORMAT RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR BAHASA MALAYSIA


1. Mata pelajaran dan Kelas
2. Tema / tajuk
3. Masa
4. Standard pembelajaran (Kod sahaja)
5. Objektif pembelajaran
6. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
7. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
    Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan TMK merupakan EMK yang diberi     penekanan dalam KSSR. EMK sedia ada seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme masih boleh digabungjalinkankan dalam pengajaran dan pembelajaran.
8. Bahan Bantu Belajar (BBB)
9. Penilaian pengajaran dan pembelajaran
10. Refleksi :
     i. Nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
    ii. Tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan dan pengayaan)

BAHASA ITU BUDAYA

                                                        
1.Hidup tidak kerana doa,mati tidak kerana sumpah.
           Makna:Ajal maut ditangan TUHAN..
2.Hendak untung menjadi bunting.
            Makna:Terlampau hendak kaya langsung rugi..
3.Mayang menolak seludang.
               Makna:Tidak mengenanga budi..
4.Melentur dahan dek meluyut buahnya.
              Makna:Susah disebabkan ramai anak..
5.Silang berpangkal,kerja berjunjung.
              Makna:Apabila menjalankan kerja mesti ada ketuanya,supaya kerja itu sempurna..

Thursday 17 November 2011

CONTOH-CONTOH PERIBAHASA

Ada air adalah ikan.


Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.

Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah ikan.

Ada gula adalah semut


Maksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.

Contoh ayat : Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.

Air        dicencang        tidak     akan     putus 


Maksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.

Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.

Air        pun      ada       pasang   surutnya


Maksud : Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.

Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan.

Air        sama    air,       sampah            ke         tepi      juga


Maksud : Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih.

Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.

Air        yang     tenang  jangan  disangka          tiada     buaya


Maksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.

RAKAN-RAKAN PENDIDIK

RAKAN-RAKAN PENDIDIK

Terima kasih..saya hargainya...